PROJEK

MINI KUSYEN

JAHITAN ASAS


TEMPET MELETAK MEMO
 

 TANAMAN HIASAN
 
                          

Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sabah 2012



Peserta robotik SK Luyang sekali lagi telah berjaya ke peringkat negeri dalam pertandingan robotik 2012 yang diadakan pada 23 Jun 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah. Pasukan sekolah telah mendapat tempat ke enam dan menerima sijil kecemerlangan dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri tersebut. Pertandingan ini adalah anjuran pihak Sasbadi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebelum ini, pasukan robotik yang terdiri daripada Syamil Haziq Sazally, Ronan Irvine Gondipon dan Mohd Azwan Sakka telah mendapat tempat ketiga di Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Tahniah sekali lagi kepada para peserta robotik yang terpilih pada tahun ini.  Selanjutnya...
Isu-Isu Semasa:
Sistem Pertukaran Guru (e-GTukar)
Pertandingan Akhir Robotik Peringkat Negeri Sabah 2012

PENGENALAN










Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Ia mendedahkan tentang kemahiran asas, pengetahuan yang berkaitan serta nilai dan sikap yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiat kerja yang baik, dan sikap yang positif.



Mata pelajaran Kemahiran Hidup ini memerlukan bilik khas untuk dijadikan tempat Pengajaran dan Pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementertian. Seiringan dengan itu, pihak Pentadbiran SK Luyang telah mewujudkan satu bilik khas untuk dijadikan Bengkel Kemahiran Hidup sejajar dengan keperluan pendidikan terkini. Kewujudan Bengkel ini akan menarik minat murid terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup selaras dengan Objektif Kemahiran Hidup iaitu sebagai elemen untuk menyalurkan dan mengembangkan bakat, minat dan estetika murid dalam bidang kemahiran hidup. Mata pelajaran ini lebih kepada aspek amali dan dengan wujudnya bengkel ini pihak sekolah dapat meningkatkan kualiti asas kemahiran hidup seterusnya menjadikan ianya sebagai satu mata pelajaran yang paling digemari. Guru-guru akan lebih mudah untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih interaktif.